top of page

Perkhidmatan

 Perundangan Hartanah

Di AICO, kami pakar dalam hal undang-undang hartanah, termasuk perjanjian pembelian dan penjualan, pemindahan, perjanjian pinjaman, gadai janji dan pelbagai urus niaga berkaitan hartanah. Pasukan peguam kami berpengalaman dan berdedikasi untuk memberi perkhidmatan perundangan yang berkualiti dan memastikan transaksi hartanah anda dikendalikan secara profesional dan cekap.

1. PEMBELIAN DAN PENJUALAN HARTANAH

​

Kami akan membantu pelanggan dalam proses penjualan dan pembelian hartanah dan pendaftaran pindahmilik di pejabat tanah. Kami juga akan menyediakan dokumen-dokumen perjanjian jual beli, pindahmilik (14A) pejabat tanah, surat ikatan penyerahan hak, pemohonan kebenaran pihak berkuasa negeri, penyeteman duti setem dan sebagainya sehingga transaksi pindahmilik selesai.

2. PERJANJIAN PINJAMAN INSTITUSI KEWANGAN

Apabila pinjaman perumahan pelanggan diluluskan dan kami menerima surat arahan dari institusi kewangan. Kami akan membantu pelanggan dan institusi kewangan dalam pendaftaran gadaian dan menyediakan dokumen perjanjian pinjaman, gadaian (16A), surat ikatan penyerah hak (assignment), permohonan kebenaran gadaian pihak berkuasa negeri, masuk dan menarik balik kaveat, penyeteman duti setem, pendaftaran Wakil Kuasa di mahkamah dan sebagainya sehingga pendaftaran gadaian dan pengeluaran jumlah pinjaman selesai disamping menjaga kepentingan pelanggan dan institusi kewangan.

3. PENYEMPURNAAN PINDAHMILIK DAN GADAIAN HAKMILIK INDIVIDU DAN STRATA

Setelah Hakmilik Individu atau Hakmilik Strata telah dikeluarkan oleh pejabat tanah. Kami akan membantu pelanggan menyediakan dokumen pendaftaran pindahmilik dan gadaian seperti dokumen Memorandum Pindahmilik (14A), Memorandum Gadaian (16A), permohonan kebenaran pidahmilik dan gadaian pejabat tanah, penyeteman duti setem pindahmilik dan sebagainya sehingga pendaftaran di pejabat tanah selesai.

4. MELEPASKAN GADAIAN DAN PENYERAHAN HAK SEMULA

Selapas pelanggan sudah menyelesaikan baki hutang di institusi kewangan, kami akan membantu pelanggan menyediakan dokumen Melepaskan Gadaian (16N) dan mendaftarkan dokumen melepaskan gadaian di pejabat tanah

atau kami akan menyediakan surat ikatan penyerahan hak semula (Deed of Receipt and Reassignment) dan pembatalkan Surat Kuasa Wakil di Mahkamah Tinggi.  Setelah selesai kami akan menyerahkan semula dokumen asal yang disimpan oleh bank dan hakmilik baru yang telah didaftarkan kepada pelanggan.

​

​

5. PINDAHMILIK KASIH SAYANG 

Pindahmilik kasih sayang adalah pindahmilik hartanah antara ibu/bapa & anak, datuk/nenek & cucu dan suami & isteri. Kami akan membantu pelanggan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan seperti Memorandum Pindahmilik (14A), Surat Akuan Sumpah, borang CKHT dan memohon pengecualian setem duti di LHDN. Kami akan mendaftarkan pindahmilik ke Pejabat Tanah yang berkaitan. 

6.PERJANJIAN SEWA RUMAH

Kami akan menyediakan Perjanjian Sewa Bilik/Rumah/Pejabat mengikut syarat-syarat yang dikehendaki oleh pemilik dan penyewa selaras dengan perundangan semasa. 

Sebut Harga

Hubungi kami hari ini untuk meminta sebut harga untuk urusan perundangan anda. Pasukan profesional kami sedia membantu anda dengan semua urusan perundangan harta anda.

bottom of page