top of page

FIRMA AICO

Firma Tetuan Aizureen & Co. (AICO) telah ditubuhkan pada 1 Januari 2022 secara pemilikan tunggal oleh Puan Aizureen dan mempunyai pejabat guaman di Cheras, Selangor dan pada 1 Februari 2024 telah berpindah ke Bandar Puchong Utama, Puchong. Pelbagai urusan hartanah telah diuruskan dan diselesai dengan jayanya di bawah kelolaan Puan Aizureen sepanjang penubuhan firma.

 

Pada tanggal 20 April 2023, Cik Aisyah Syafiqah telah bersama AICO sebagai rakan kongsi firma dan bermula titik tolak firma AICO sebagai sebuah firma rakan kongsi dan bakal mengembangkan perkhimatan guaman hartanah yang lebih meluas kepada pelanggan-pelanggan kami.

Visi AICO

Meluaskan perkhidmatan guaman keseluruh bidang perundangan. 

Misi AICO

Memberikan perkhidmatan guaman yang terbaik dan mesra pelanggan kepada semua pelanggan AICO dengan kos yang sangat berpatutan.

White Structure

AIZUREEN BINTI MOHD ANINI

Rakan Kongsi AICO

Puan Aizureen Binti Mohd Anini memperoleh ijazah pertamanya dalam Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 2014.

 

Beliau menyelesaikan latihan dalam kamarnya di Tetuan Chung, Huang & Khalid dengan fokus dalam litigasi perbankan dan telah ditauliahkan sebagai Peguambela & Peguamcara  pada 7 Ogos 2015.

 

Beliau memulakan kerjayanya sebagai Peguam di Tetuan Wan, Chin & Co. dari Ogos 2015 hingga September 2016 di mana beliau diberi pendedahan untuk mengendalikan kes-kes litigasi perbankan dengan lebih meluas apabila beliau diberi portofolio dua pelanggan utama, iaitu Hong Leong Bank Berhad dan Alliance Bank Malaysia Berhad. Produk utama kedua-dua pelanggan ini adalah Pembiayaan Belian dan Pinjaman Peribadi.

 

Mulai Februari hingga Julai 2018, beliau menyertai Tetuan N K Tan & Rahim sebagai Peguam Hartanah dan diberi portofolio projek bersama pemaju.

 

Pada 5 November 2018 hingga 30 September 2019, beliau menyertai Tetuan Zain & Nazri dan diberi peluang untuk menguruskan kes-kes hartanah dengan lebih terperinci dan menyeluruh.

 

Beliau membuat peningkatan dalam kerjayanya dengan menjadi Rakan Kongsi di Lyiana Asyeken & Co. pada Oktober 2019 hingga Disember 2021 dan seterusnya menubuhkan firma guaman sendiri di bawah nama Aizureen & Co., di mana kedua-duanya beliau memberi tumpuan utama kepada hal-hal berkaitan hartanah, dengan beberapa keterlibatan dalam litigasi.

 

Puan Aizureen memiliki pengalaman yang meluas sepanjang tahun praktiknya dalam menguruskan kes-kes berkaitan dengan sub -sale, perjanjian pinjaman, penyelesaian pindah milik, gadaian, melepaskan gadaian, permohonan Surat Kuasa Mentadbir, permohonan Perintah Jualan bagi pentadbir harta dari Mahkamah Tinggi Malaya, dan pejabat tanah, dan pelbagai hal-hal lain yang berkaitan.

PEGUAM KAMI

Allah SWT berfirman dalam al-Quran,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu”.

( Surah al-Nisa’: 29)

OBJEKTIF AICO

1. Perkhidmatan Berkualiti

Objektif utama kami adalah untuk menyampaikan perkhidmatan perundangan berkualiti tinggi kepada pelanggan kami. Kami berhasrat untuk memberikan perkhidmatan yang teliti dan berkesan, memastikan kepentingan pelanggan kami dilindungi dan matlamat mereka tercapai;

bottom of page